It is the only one and only situation,
that i am greater than any incredible Hulk in this universe.
Dalam masa satu saat kemudiannya, snap.
Semua memori itu hilang dari black box aku.

Apa yang kau kata,
Apa yang aku kata,
Hilangnya ia bukan secebis demi secebis,
Tetapi hilangnya semua begitu sahaja.
Pandangan mata kau, hembusan nafas kau, cemuhan kata mulut kau,
Aku harap semuanya segar di ingatan,
Supaya aku boleh lupakan segala apa yang kau lakukan kepada aku sebelum ini.

Namun aku lega bukan kepalang,
Aku masih ingat kata-kata terakhir yang keluar dari mulut ini,

"Siapa aku suka, perempuan ke, lelaki ke, pakaian aku, perbuatan aku, Jangan sekali-kali beritahu apa yang korang kutuk pasal aku depan aku secara nyata. You have no place for that, ever in my life!"

Tertunduk semua kepala yang berada di dalam kelas itu malam itu.
Lantang sungguh suara itu keluar dari anak tekak aku.
Smart phone sony masih dalam gengaman kemas jemari aku.
Hilang pudar senyuman di bibir yang aku hias untuk kau yang berada di hadapan aku.
Ada yang cuba berkata-kata,
Namun renungan mata aku, memakan semua kata-kata yang mahu diluahkan.
Mati semua kata-kata itu.

Tapi, bukan niat aku untuk meluahkan kata-kata itu.
Namun, kamu masih perlu tahu.
Supaya aku tidak mahu ia berulang.
Aku bagi peluang untuk semua bersuara secara bebas dan lantang,
Aku pendengar yang setia, setia bersama anda semua, membaca, mendengar, dan berkata-kata,
Setiap patah kata dengan nada yang berbeza-beza semuanya.
Hiburkan setiap hati yang ada.
Aku bukanlah selalu serius, 
Aku bukanlah selalu tegas,
Aku bukanlah selalu poyo,
Aku bukanlah selalu marah,
Aku fleksibel mengikut masa dan situasi.
Aku tahu, aku faham semua sedikit demi sedikit,
Kerana aku matang meniti setiap detik detik saat masa dunia.
Walaupun diri tak sempurna, 
Yang sempurna itu hanyalah milik Dia yang maha Esa..

Tiba-tiba bunyi mesej masuk, 
Syaza, "Weyh, kau dah habis meeting n mengamuk ke belum? 
Kedai dekat Food Court Baiduri tu dah nak tutup, 
tinggal yang dekat Food Court Delima je yang buka, 
Belikan aku Nasi Goreng Cili Padi. Aku tunggu tau."
Aku reply, "Laaa, aku lupa... sat,sat, aku gi sekarang, hang tunggu na.. hohoh.."

Aku bangun di tengah-tengah kesunyian, 
"aku ada hal penting, janji dengan kawan, pergi dulu."
dengan suara gembira, dalam sekelip mata.

hahahahah... 
bengong sungguh aku ni... XD 
untuk korang yang membaca aku beri -> XOXO
sila follow aku di instagram -> http://instagram.com/iamsyz92/
kalau nak search, nama aku iamsyz92 atau iman seth