Its been a few month aku tak menjejakkan jemari aku ke button blogger ni.
Sibuk, sibuk melayan tekanan.
Alhamdulillah, akhirnya aku lepas dari meroyan buat research and final papers.
Result pun dah keluar last week, but I just check them up yesterday.
Again, Alhamdulillah, usaha selama ni setimpal dengan result.
Again, Alhamdullah, aku pegang title penganggur pun sekejap je, Isnin dah start keje.

Sepanjang malam tadi  barulah aku tergerak nak baca blog yang aku follow,
antaranya bayang bulan, JoRahimmm, MaryH, and zhu.
It is nice to read other people's opinion on certain situation, and story of their life.
It remind me that I'm still young, there are lots of thing i have to learn and experience, my life is not entirely teruk, not entirely bahagia.

During the last few weeks, I became a driver for my sister, Lia just because dia kena pergi interview.
Dia bakal sibuk dengan internship dekat KL tu.
Aku ada 4 adik, well... semua perempuan. :3
Semua lain personality and preference.
Aku tak berapa nak rapat dengan 3 adik aku yang last, sebab jarak umur jauh.
Lia dan aku beza setahun je. But masa zaman sekolah tak rapat pun.
Aku sibuk melayan junior dengan adik angkat yang bersilih ganti.

Kalau dengan orang yang tidak dikenali, dari pandangan mereka, aku adalah kak ngah dan Lia adalah kak long.
Well, itu aku tak kesah sangat, dah biasa dengar. 
Kalau dari appearance sudut luaran, Lia nampak lebih matang, dengan fashion style dia yang amat berbeza dengan aku.

Dia pakai blause, skirt, shawl, handbag and heels, 
Aku pakai kemeja, khakis, tudung bawal and snekers.
Dia siap ada bag that full of make-up things,
I have a bag that full with perfume and toiletries item.
She got perfect result in every examiniation sejak tadika lagi.
Aku? Degree ni lah baru menyerlah.
Communication style dia? I-You, Saya-Awak.
Aku? Aku-Kau.
Surah Al Mulk tu sekolah menengah lagi dia dah hafal,
Aku masih rujuk buku dan kertas,
Dia selalu makan dekat tempat yang boleh tahan hipster and standard.
Aku? nasik kandar or kedai tomyam sudah..

There are many other aspect yang boleh dibandingkan aku dengan dia.
Sampai ada satu tahap aku boleh kata "She's Mama and Abah perfect daughter."
Mama ada cakap, dia sayang semua sama rata.
We're normal human, mana ada sama rata, dah tentu ada pilih kasih sedikit sebanyak.

From all this membuatkan, dalam kebanyakan situasi dan perkara, 
dia dah makin membuatkan aku ni dah tak nampak macam Kakak. 
Dah aku pulak kena respect dia lebih, aku pulak kena dengar cakap dia dalam semua perkara.
In cooking pun dia pulak nak betul sentiasa, padahal I'm the one in the culinary field.
Sampai aku driving pun nak kritik dan merengus tak tentu pasal.
Bila dia yang drive, aku senyap malas nak layan dia kritik orang lain drive tak betul.
Ayat dia yang paling aku tak suka dan annoyed, "Kau kawin nanti....blablabla..."
How could I make her realize that I've never had a boyfriend, not even once?!


Sekarang aku rasa aku salah sebab terlalu beralah dengan dia.
Adakah kerana aku terlalu meng"low profile"kan achievement aku dan diri aku?
Adakah kerana aku hanya senyap walaupun aku betul?
Adakah kerana aku terlalu mengiyakan apa yang dia katakan?

Kawan-kawan aku cakap, personaliti aku lain bila aku dengan family.
I'm much more confident bila dengan kawan-kawan.
Adakah kerana rahsia aku yang membuatkan aku jadi sebegitu bila dengan family?

Aku risau aku bakal meluat dan piss-off dengan cara dia layan aku.
Dan aku risau dia menjauhkan diri when knowing that I'm not straight.

p/s: sepanjang drive balik rumah, tetiba flashback seluruh kejadian Si Dia dulu. Bila lah aku ni nak move on.. sigh...