Kadang-kadang ada yang bertanya kenapa ada "segelintir besar" manusia gila berebut jawatan dan pangkat.
Pilihan raya dilakukan untuk meREBUT sesuatu jawatan. 
Jawatan yang dipegang membolehkan seseorang itu memperoleh Kuasa. 
Merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat, kuasa mempunyai lapan definisi.

1. Daya atau kemampuan [untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu], keupayaan, kekuatan, tenaga;
2. Berupaya, mampu, berdaya [melakukan sesuatu];
3. Sanggup serta berminat [membuat atau melakukan sesuatu];
4. Hak atau kewibawaan atas sesuatu atau untuk melakukan [mengurus,memerintah, dan lain-lain] sesuatu [ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dan lain-lain];
5. Orang yang diberi hak untuk melakukan atau menentukan sesuatu;
6. Pengaruh atau kewibawaan yang ada pada seseorang dll kerana kedudukannya [darjatnya dan sebagainya];
7. Negara yang mempunyai pengaruh atas negara-negara lain;
8. Nombor yang merujuk sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dengan nombor yang sama.

Wow...
From my understanding and ideology, any election actually let people "fight over" the position that gives power. 
Dengan zaman sekarang ni, material adalah mainan politik.
Sekarang bukan zaman tanah kita dijajah dan kita memerlukan wakil untuk membebaskannya.
So, zaman sekarang, isu tanah dijajah negara asing bukan lagi mainan politik.
Dengan kuasa yang besar, besar tanggungjawabnya.
Fikir dan aturlah strategi yang adil, bijak dan saksama untuk mendapatkan kuasa itu.
p/s: aku suka gila dengan Lena Headey ni! [tidak berkenaan dengan topic post]